Kelas E-Learning (Menukar format dokumen)

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 5 Oktober 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu ‘Menukar format fail atau dokumen’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara asas menukar format fail atau dokumen menggunakan aplikasi atas talian yang terdapat dalam internet.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tujuan kelas dan mengapa format sesuatu dokumen atau fail perlu ditukar seperti bagi memudahkan urusan pekerjaan ataupun permintaan sesuatu urusan yang ingin kita siapkan. Setelah semua peserta memahami konsep penukaran format fail tersebut, semua peserta mula diajar cara menukar format sesuatu fail. Sebagai contoh peserta ingin menukar fail berformat pdf ke format docx (Ms Word). Peserta tersebut boleh mencari aplikasi yang terdapat dalam internet yang boleh menukar format tersebut dan salah satunya ialah https://pdf2docx.com/. Laman sesawang ini bukan sahaja boleh menukar fail format pdf ke docx tetapi ia juga boleh menukar fail pdf ke format jpg atau png (gambar) dan banyak lagi. Semua fail yang telah ditukar format adalah dalam bentuk zip.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali